Sebagai seorang muslim tentunya mengimpikan anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah, hafiz dan hafizah, cerdas dalam ilmu pengetahuan yang pada suatu hari, Insha Allah di hari akhirat menjadi pembela dan penolong bagi kedua orang tuanya di hadapan Allah swt.
Bagaimana caranya untuk membentuk generasi itu semua?
"Maka para ulama telah memberikan contoh tauladan dan tunjuk ajarnya iaitu pelajarilah al-Quran, lalu pelajarilah adab sebelum mula mempelajari ilmu."
Menurut Ustazah Lilis, seperti yang disampaikan oleh Imam Nawawi dalam kitab al Majmuk, Juzuk 1/66, Darul Fikr, Beirut 1966, perkara pertama yang harus diperhatikan oleh seorang penuntut ilmu adalah menghafaz al-Quran. Ini kerana menghafaz al-Quran adalah ilmu yang sangat penting. Bahkan para ulama salaf tidak akan mengajarkan hadis dan fiqh kecuali bagi sesiapa yang telahpun menghafazkan al-Quran.
"Nasihat Imam Nawawi diatas menunjukkan bahawa betapa pentingnya menghafaz al-Quran bahkan ia adalah ilmu yang paling awal yang harus dimiliki oleh para penuntut ilmu sebelum menuntut ilmu yang lainnya." katanya.
Sambung Ustazah Lilis lagi, patutlah jika para ulama terdahulu dan para ilmuwan Islam rata-ratanya seorang hafiz selain mereka juga alim dalam bidang ilmu kauniyah mahupun alim dalam ilmu syar'ie. Contoh seperti Imam a-Syafi'e, Imam al-Ghazali, Ibu Sina, Sultan Muhammad al-Fatih dan nama-nama lainnya yang tak akan cukup dituliskan saja kerana para ilmuan Islamlah yang meletakkan tapak kemajuan peradaban dunia saat ini.
Hal ini semakin menegaskan kebenaran melalui sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang disibukkan oleh al-Quran daripada berzikir kepadaku dan memohon kepadaku, maka Aku berikan kepadanya sesuatu yang lebih utama dari yang Aku berikan kepada orang-orang yang memohon kepada-Ku dan keutamaan kalam Allah swt atas makhluk-Nya.
(HR At-Tirmidzi, Ad Dairami dan al-Baihaqi)
Para penuntut ilmu yang di dalam dadanya tersimpan hafazan al-Quran akan lebih berhati-hati dalam proses menuntut ilmunya agar sentiasa ikhlas dan menjauhi maksiat kerana maksiat boleh menghijabkan ilmu Allah swt ke dalam dada.
"Sebenarnya al-Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu, dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim."
(Al-Ankabuut:49)
Ketika menuntut ilmu dengan membaca suatu kitab (buku) baik kitab ilmu syar'ie mahupun kauni, maka tentu akan mempengaruhi cara pandang, sikap dan tingkah laku bahkan keperibadiannya. Apatah lagi jika membaca al-Quran, manusia akan mendapatkan petunjuk serta tuntunan kehidupan yang selari dengan nilai-nilai fitrah kemanusiaanya. Ini kerana al-Quran adalah kalam dari Tuhan Maha Pencipta manusia dan alam semesta.
Allah swt berfirman:
"...yang tidak datang kepadanya (al-Quran) kebatilan baik dari depan mahupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb Yang Maha Bijaksana Lagi maha Terpuji"
(Fussilat: 42)
Oleh kerana itulah - dengan izin Allah swt- seorang penghafaz al-Quran akan diberikan kemudahan oleh llah swt dalam urusan mencari ilmu, iaitu kemudahan mempelajari al-Quran -lihat dalam surah al-Qamar: 17) da kemudahan dalam mendapatkan ilmu yang lainnya seperti yang disebut dalam surah al Mujadalah ayat 11.
Jika seseorang sudah memiliki hafazan al-Quran sebelum menuntut ilmu yang lainnya, maka al-Quran akan menjadi penyaring agar ilmu yang datang kepadanya adalah ilmu yang bermanfaat (kerana ada juga ilmu yang tidak bermanfaat seperti ilmu sihir dan seumpama dengannya) dan dalam masa yang sama menjadi pembuka jalan dimudahkannya ilmu masuk ke dalam dada dan fikirannya.
Mengapa Adab Yang Perlu Di Dahulukan?
Kerana para ulama sebagaimana yang disampaikan oleh al- Qarafi rahimahullah dalam kitabnya -Al-Faruq- mengatakan untuk menjadikan ilmumu ibarat garam dan tepungmu ibarat tepung, perbanyakkanlah adab agar perbandingan banyaknya seperti perbandingan tepung dan garam -dalam suatu adunan. Banyak adab dengan sedikit ilmu lebih baik daripada banyak ilmu dengan sedikit adab.
Imam Darul Rijrah, Imam Malik Rahimahullah pernah berkata kepada seorang pemuda Quraisy:
تعلم الأدب قبل أن تتعلم العلم
"Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu."
Kenapa para ulama mendahulukan mempelajari adab? Sebagaimana Yusuf bin al-Hussein berkata:
بالأدب تفهم العلم
"Dengan mempelajari adab, maka engkau jadi mudah memahami ilmu."
Oleh kerananya, para ulama sangat perhatian sekali mempelajarinya.
Ibnu Mubarak berkata
تعلمنا الأدب ثلاثين عاماً، وتعلمنا العلم عشرين
"Kami mempelajari masalah adab itu selama 30 tahun sedangkan kami mempelajari ilmu selama 20 tahun."
Ibnu Sirin berkata:
كانوا يتعلمون الهديَ كما يتعلمون العلم
"Mereka - para ulama - dahulu mempelajari petunjuk (adab) sebagaimana mereka menguasai suatu ilmu."
Makhlad Bin Al Husain berkata pada Ibnu Mubarak:
نحن إلى كثير من الأدب أحوج منا إلى كثير من حديث
"Kami lebih perlu dalam mempelajari adab daripada banyak menguasai hadis."
Ini yang terjadi di zaman beliau. Sudah tentulah di zaman kita ini adab dan akhlak mesti dipelajari secara lebih serius.
Dalam Syair A'lamin Nubala' karya Az-Zahabi, disebutkan bahawa Abdullah bin Wahab berkata:
ما نقلنا من أدب مالك أكثر مما تعلمنا من علمه
"Yang kami nukil dari Imam Malik lebih banyak dalam hal adab berbanding ilmunya."
Setelah mempelajari adab, barulah dimulakan dan diajarkan menghafaz al-Quran.
Mengapa Menghafaz al-Quran?
Pertama: Kerana al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang berisi hukum-hukum Allah sehingga membacanya akan dinilai sebagai ibadah. Allah swt menjanjikan kemuliaan yang banyak bagi para penghafaz al-Quran.
"bahkan kelak, al-Quran akan menjadi syafaat (pembela) bagi para penghafaznya."
Kedua: mendahulukan menghafaz al-Quran sebelum ilmu lain akan melatih daya konsentrasi anak, sehingga mampu meningkatkan kecerdasannya.
Hasil penelitian lain yang dilakukan oleh Profesor Dr Shalih bin Ibrahim, Profesor Ilmu Kesihatan Jiwa di Riyadh, Universiti al-Imam Muhammad bin Sa'ud al-Ilsamiyah bersama dua kelompok yang masing-masing berjumlah 170 orang menunjukkan, ketika kadar hafazan al-Quran meningkat, maka akan berlaku peningkatan kesihatan jiwanya.
Para mahasiswa yang memiliki hafazan al-Quran yang lebih baik memiliki kesihatan jiwa yang lebih baik. Penelitian yang dilakukan oleh dua kelompok ini masing-masing diantaranya mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Malik Abdul Aziz di Jeddah dan mahasiswa dan mahasiswi Maahad al-Imam AsySyatibi li Ad-Dirasah al Quraniyyah, Filial Univeristi Al-Khairiyah Li Tahfiz al-Quran al-kari di Jeddah.
Sebuah penelitian yang dilakukan di Saudi juga menunjukan bahawa al-Quran berperanan dalam meningkatkan kecerdasan bagi anak-anak sekolah rendah dan hasilnya memberikan pengaruh yang positif bagi penghafaz al-Quran baik dalam kecemerlangan akademik para mahasiswa.
Hasil dari penelitian ini seolah-olah memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya untuk menghafaz al-Quran. Selain menambah nilai amal baik seorang muslim, ia juga mampu memberi pengaruh positif dalam kecemerlangan akademik dan ketenteraman jiwa seseorang. Tidak hanya itu, menghafazkan al-Quran juga dapat memberikan dampak positif terhadap prestasi seseorang.
Berdasarkan penelitian yang dilakukan di Amerika Syarikat oleh Dr. Ahmad Al-Qadhiy terhadap tiga kelompok responden, muslim dapat berbahasa arab dan non muslim yang tidak dapat berbahasa arab. Ketika dibacakan potongan ayat al-Quran dan terjemahannya dalam bahasa Inggeris, menunjukkan 97% terjadi perubahan fisiologi mereka. Perubahan fisiologi tersebut dapat ditunjukkan oleh menurunnya kadar tekanan pada saraf secara spontan.
Hasil penelitian tersebut menunjukkan bahawa al-Quran memiliki pengaruh positif dan mempunyai kesan terhadap saraf. Oleh kerana itu pada ketakaan ini, pengaruh al-Quran pada ketegangan saraf akan menyebabkan seluruh badannya akan segar kembali, dimana dengan bagusnya stamina tubuh akan menghalau pelbagai jenis penyakit dan mengubatinya secara langsung.
Oleh kerana itulah, para penghafaz al-Quran akan memiliki konsentrasi yang baik dalam mempelajari pelbagai ilmu lainnya termasuk ilmu yang bersifat umum. Modal konsentrasi ini akan memudahkan anak-anak dalam memahami ilmu.
"Inilah kurikulum yang diajarkan oleh para ulama kita. Kurikilum ini diterapkan pada sistem pemerintahan Islam terdahulu. Dengan kurikulum inilah dunia Islam menjadi pusat keilmuan, dan membangun peradaban yang besar." Kata Ustazah Lilis mengakhiri perbualan.
Sumber:
https://republika.co.id/berita/qc4dov430/membentuk-generasi-hafiz-quran-yang-shaleh-dan-cerdas
Diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh:
Abdullah Hakimi
0 Ulasan